My Devotees

Wednesday, May 23, 2007

Cinta Laut & Langit

dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiapa senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata2 ' aku cinta padamu' ke telinga langit.Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut pun, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu sipu malu, wajahnya kemerah merahan. Suatu hari, datang awan....

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit.Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari langit hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah- tengah langit dan laut, menghalangi pandangan laut dan langit terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu saja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah pecah menjadi banyak bahagian sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak berupaya lagi berusaha mengungkapkan perasaan terhadap langit.Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan angit di situlah mereka sedang berpacaran...


~Cerita chenta in di 'copy' dr blog Is.. =]maaf Is yeah.. bkn niat utk mencuri tp Cinta Laut & Langit sangat indah..
utk "matahari"itu...kaseh ku tak pernah berubah.........~

1 comment:

Anonymous said...

ok.. cite tu pun is dapat dr suratkhabo.. memang menarik kan.ermm semoga bahgia..